bootstrap buttons

TAMAN SURIA TROPIKA

TAMAN SURIA TROPIKA
Jalan Utama Suria Tropika 2
43300 Seri Kembangan
Selangor, MALAYSIA

HARI PENUKARAN KAD AKSES 

Tarikh: 29 Oktober 2017
Masa: 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari
Lokasi: Padang Permainan Taman Suria Tropika
"SAYA PENDUDUK PRIHATIN"

CARTA ALIR PENUKARAN KAD AKSES 

Bagi mengelakkan kekeliruan di antara Penduduk Taman Suria Tropika dan Suria Apartment, pihak Jawatankuasa PPTST telah mengeluarkan satu carta alir penukaran kad akses.
Sila rujuk rajah yang diberi:
*Pada 29 Oktober 2017, masa dan aktiviti sampingan pada hari tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat.

PENUKARAN KAD AKSES LAMA KEPADA YANG BARU 

Bermula November 2017, hanya kad baru boleh digunakan untuk akses masuk ke Taman Suria Tropika. Anda hendaklah menukarkan kad lama kepada yang baru pada 29 Oktober 2017. Kaunter-kaunter khas akan dibuka sepanjang proses penukaran.
TARIKH : 29 OKTOBER 2017
LOKASI : PADANG PERMAINAN
SYARAT:
1) Tukar kad lama secara 1 to 1 dan pastikan ianya masih berfungsi
2) Pembayaran penuh Yuran Sekuriti dan Taman bagi bulan JANUARI 2017 - OKTOBER 2017
Rujuk Wakil Jalan masing-masing untuk keterangan lanjut.
"TUKAR KAD AKSES, SEMUA BERES"

BORANG MAKLUMAT PENUKARAN KAD AKSES



KAD AKSES BARU

SENARAI NOMBOR TELEFON PENGAWAL KESELAMATAN 

Sila simpan. Penting sekiranya berlaku kecemasan.

Syif Malam
1) PK Ayob 011-2800 5663
2) PK Azli 013-707 3676

Syif Siang
1) PK Nasarudin 013-309 3180
2) PK Izat 012-953 5576

"PENGAWAL DAN PENDUDUK BERSAMA MENCEGAH JENAYAH"

Tajaan Korporat Bengkel Mewarna

PENAJAAN KORPORAT BENGKEL MEWARNA TAMAN SURIA TROPIKA

Inisiatif Penajaan Berhemah
"Smart Sponsorship Initiative"
Sepertimana yang diwawarkan sebelum ini, Bengkel Mewarna akan berlangsung pada Ahad ini, 10 September 2017 bermula jam 8.30 pagi
Pada majlis kali ini, pihak PPTST mengambil satu inisiatif baru dalam mengumpul dana untuk penganjuran majlis - yang dipanggil "smart sponsorship".
Tujuan inisitaif ini adalah untuk mengumpul dana tanpa menggunakan duit kutipan taman,yang mana duit kutipan digunakan untuk pembayaran aktiviti primer seperti kawalan keselamatan. Sebaliknya, aktiviti muhibbah seperti ini (yang diketegorikan sebagai aktiviti sekunder) akan dijalankan dengan menggunakan pengumpulan dana secara penajaan berhemah.
Tidak dinafikan pihak AJK perlu bekerja lebih sedikit dari biasa untuk mendapatkan penaja-penaja yang sudi menaja program ini. Berkat usaha yang ikhlas, pihak AJK berjaya mendapatkan sejumlah penaja sepertimana yang terdapat pada foto dibawah. Sekalung tahniah diucapkan kepada AJK di atas usaha baik mereka.
Untuk penaja-penaja pula, terima kasih diucapkan diatas kesudian untuk menaja program ini. Penajaan telah diberikan dalam bermacam bentuk - ada dari segi peralatan, wang ringgit, penyewaan dan sebagainya. Kami di PPTST sangat menghargai sumbangan anda. Sebagai tanda penghargaan, syarikat yang menaja majlis ini akan diletakkan logo mereka di backdrop dan banner sebagai penaja bersama untuk majlis ini.
Tidak ketinggalan juga sumbangan dari orang perseorangan - Datuk Dato, Datin, Tuan, Puan yang mana membantu dalam menjayakan program ini. Terima kasih dan semoga usaha kalian akan diberkati.
Untuk rakan residensi yang lain, pihak PPTST akan terus menganjurkan inisiatif penajaan berhemah ini untuk majlis-majlis akan datang. Diharap kalian dapat bersama dalam usaha memberi penajaan dan sumbangan agar aktiviti-aktiviti taman akan terus dapat dilakukan untuk kesejahteraan semua. Percayalah, segala sumbangan dan penajaan kalian akan dibalas tuhan dengan rezeki yang lebih banyak, baik dari segi rohani mahupun jasmani.
Semoga inisitatif ini akan terus disokong dan berjaya pada masa akan datang
"AKTIVITI BAIK BERTERUSAN, PENDUDUK MENGECAPI KEBAIKAN"
😊

Pelan Lantai Bengkel Mewarna

BENGKEL MEWARNA BERSAMA UNEH & PERSATUAN PENDUDUK TAMAN SURIA TROPIKA

Untuk makluman semua, bengkel mewarna akan dijalankan seperti perancangan awal iaitu:
10 september 2017 (Ahad)

Tentatif program adalah seperti berikut:
8:30 pagi = pendaftaran
9:00 - 10:00 = bengkel mewarna bersama UNEH
10:00 - 11:00 = pertandingan mewarna
11:30 = penyampaian hadiah
12:00 = acara tamat

Booth jualan akan dibuka sepanjang program berlangsung. Booth akan memulakan jualan seawal 8:30 pagi sehingga acara tamat.
Peserta booth jualan yang terdiri dari penduduk taman adalah seperti plan layout seperti tertera di bawah.

Marilah kita memeriahkan majlis ini untuk merapatkan hubungan sesama jiran dan memeriahkan kesejahteraan taman.
Penaja juga digalakkan untuk memberi sumbangan bagi memeriahkan aktiviti ini dan sebagai tanda penghargaan, logo syarikat penaja akan dipaparkan di backdrop majlis tersebut.

TAMAN SEJAHTERA PENDUDUK CERIA

PELAN KESELAMATAN TAMAN 2017-2018 

Akan datang - Penukaran kad akses baru secara percuma melalui kaedah '1 to 1' akan dilaksanakan untuk semua penduduk Taman Suria Tropika termasuk Apartment Suria.

Langkah ini diadakan demi:

1) Memantapkan rekod simpanan data akses penduduk
2) Mengelakkan salah guna kad akses
3) Menjamin keselamatan laluan keluar masuk taman
4) Memastikan penduduk yang komited dengan bayaran Yuran Sekuriti & Taman sahaja mempunyai akses masuk sebagai 'Penduduk'.

Maklumat lanjut akan dihebahkan melalui Facebook Group, Whatsapp Group Jalan dan gegantung (banner) dalam masa yang terdekat.

"TUKAR KAD AKSES, KELUAR MASUK DIJAMIN BERES"

KABIN KAUNTER BAYARAN DIBUKA 


Kabin Kaunter Bayaran dibuka untuk keselesaan anda. Kini kabin telah dibekalkan dengan kuasa elektrik sepenuhnya!

Tarikh : 29 September 2017                (Jumaat) dan 

               30 September 2017                          (Sabtu) 

Waktu : 9.15 malam - 11 malam

Jumpa anda di sana!

Mobirise

AKAN DATANG: KELAS TAEKWON-DO ANAK-ANAK TAMAN SURIA TROPIKA

Yuran RM40 seorang sahaja!
Dalam Bahasa Korea 'Tae' bermakna menumbuk, 'Kwon' pula bermakna menendang dan 'Do' bermakna cara atau seni.
Jadi Taekwon-Do bolehlah diterjemahkan secara kasar sebagai 'Seni Menendang dan Menumbuk'.
Matlamat utama mempelajari Taekwon-Do:
1) Membentuk disiplin diri
2) Membina kecergasan fizikal
3) Melatih seni mempertahankan diri
Jom, isikan masa terluang hujung minggu anak-anak anda dengan menyertai sesi latihan Taekwon-Do bersama jurulatih berpengalaman dari High End Taekwon-Do Academy Malaysia.
Untuk pertanyaan dan pendaftaran bolehlah menghubungi En ARis Budin di talian 017-653 1655.
"TAMAN BERAKTIVITI, KOMUNITI LESTARI"

Mobirise

SELAMAT MENYAMBUT BULAN KEMERDEKAAN 

Barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Suria Tropika mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat menyambut Bulan Kemerdekaan Negara yang ke - (teka teki pada bulan ini).
Bersama kita tanamkan semangat patriotisme di dalam diri dan juga anak-anak kita supaya negara kita akan bertambah makmur dan maju.
Apa-apa pun teruskan menyokong program-program anjuran PPTST dan tunaikan apa jua kewajipan kita selaku warga Taman Suria Tropika.
"SEHATI SEJIWA, SETIA SETAMAN"

Mobirise

KABIN KAUNTER BAYARAN DIBUKA

Kabin Kaunter Bayaran dibuka pada malam ini untuk keselesaan anda.

Tarikh : 25 Ogos 2017 (Jumaat)
Waktu : 9.15 malam - 11 malam

Jumpa anda di sana!

Mobirise

OPEN BOOTH KINI DIBUKA UNTUK TEMPAHAN 

Setelah mendapat permintaan yang tinggi di kalangan penduduk bagi menyediakan tempat untuk jualan sempena Bengkel Mewarna, pihak jawatankuasa telah bersetuju untuk membuka ruang bagi para penduduk memeriahkan lagi program tersebut dengan pembukaan pelbagai 'booth' jualan.

Buat masa ini tempat hanya terhad kepada 10 yang terawal sahaja. Sila hubungi saudara Khairie Kemat untuk pendaftaran dengan segera.

Tempat adalah percuma, diulang, percuma. Jika mahu menyumbang cenderahati kepada anak-anak peserta amatlah digalakkan.

"KITA GEGARKAN TAMAN SURIA TROPIKA"

Mobirise

PENDAFTARAN DITUTUP

Sejak dibuka bermula semalam, jumlah peserta yang mendaftar telah mencapai 102 orang. Jawatankuasa terpaksa menutup pendaftaran untuk mengelakkan kesesakan dan kekurangan ruang sewaktu acara diadakan.

Peserta yang telah mendaftarkan nama anak-anak mereka hendaklah melakukan bayaran yuran bengkel sebanyak RM10 bagi seorang peserta ke akaun;

Maybank 562478121403 (Najib Bin Mohamad)

sebelum 27 Ogos 2017.

Sekiranya tiada respon sehingga tarikh tersebut, pihak jawatankuasa akan mengeluarkan nama tuan2 untuk memberi ruang kepada peserta lain.

Jumpa di sana!

"YANG UNIK DAN ANEH ITU UNEH"

Mobirise

PENAJAAN KORPORAT 

Alhamdulillah pendaftaran tidak rasmi anak-anak Taman Suria Tropika untuk Bengkel Mewarna Bersama Uneh telah mencapai 67 orang. Jumlah tersebut berkemungkinan akan meningkat jika iklan tersebut diedarkan di Whatsapp Group Jalan masing2.
Sehubungan dengan itu pihak Jawatankuasa membuka ruang buat rakan-rakan Taman yang mempunyai syarikat perniagaan sendiri atau terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan mana-mana sektor korporat untuk menaja hadiah-hadiah dan cenderahati kepada para peserta pada bengkel dan pertandingan tersebut.
Hubungi saudara Najib Mohamad (012-2222559) atau saudara Khairie Kemat untuk penajaan dan pertanyaan lanjut.
"PENAJAAN KORPORAT, SALUR BERKAT, IMEJ HEBAT!"

Mobirise

BENGKEL MEWARNA BERSAMA COLORIST TERKEMUKA SAUDARA UNEH

Sempena Bulan Kemerdekaan ini, pihak jawatankuasa bercadang untuk menganjurkan Bengkel Mewarna bagi anak-anak Taman Suria Tropika.

Sekiranya berminat, sila respon sebelum 20 Ogos 2017 dengan memberikan jumlah anak-anak yang akan menyertai program tersebut.

Mobirise

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI 2017 

Tarikh : 30 Julai 2017
Waktu: 10 am - 1 pm
Lokasi: Padang Permainan, Taman Suria Tropika 

Mobirise

KABIN KAUNTER BAYARAN YURAN SEKURITI DAN TAMAN 

Dibuka pada:
Tarikh: 4 Ogos 2017 (Jumaat)
Waktu: 9.15 malam - 11.00 malam

"Datang beramai-ramai kasi roboh itu kabin" - Bendahari 

Mobirise

KENALI KETUA JALAN (KJ) & SERTAI WHATSAPP GROUP JALAN

Dalam usaha penambah baikan Taman Suria Tropika, pihak Jawatankuasa menyarankan penggunaan Whatsapp Group sebagai medium utama hebahan maklumat, pembayaran yuran, hebahan aktiviti, saluran idea dan lain-lain.

PERLANTIKAN KONTRAKTOR BARU SEKURITI 

1) Untuk makluman penduduk TST yang dihormati, pihak jawatankuasa akan menambah baik sistem keselamatan taman sedia ada.
2) Proses penambah baikan ini akan di lakukan secara berperingkat agar keselamatan penduduk lebih terjamin.

Mobirise

PROGRAM BUBUR LAMBUK RAMADAN 2017 

Tarikh: 18 JUN 2017 (Ahad)
Waktu: 12 Tghari - 4.30 petang

Lokasi:
Penyediaan dan memasak: Surau Al Ansar
Agihan: Taman Permainan (khemah khas akan dibuka) 

Countdown
PENUKARAN KAD AKSES BARU

Penukaran kad Akses Baru (29 OKTOBER 2017)

Penukaran kad Akses Baru 2017

29 OKTOBER 2017

Perlantikan syarikat kawalan keselamatan baru

Timeline untuk perlantikan syarikat kawalan keselamtan baru 

18 Ogos 2017                           

Tender dikeluarkan

Anda boleh mendapatkan borang tender tersebut dari En Yusaidi (Setiausaha) atau dari wakil Jalan masing-masing..

1 September 2017

Perlantikan Baru Kontraktor Kawalan Keselamatan

29 Oktober 2017

Penukaran Kad Akses Baru 

1 NOVEMBER 2017

Penggunaa Kad Akses Baru dikuatkuasakan

Perjumpaan bersama wakil kontraktor Kawalan Keselamatan bagi membincangkan Manual Prosedur Kerja (MPK) atau SOP keselamatan.
Manual ini penting sejajar dengan perlaksanaan Sistem Kad Akses yang baru yang akan dikuatkuasakan bermula November 2017.
ZB Security Services Sdn Bhd diwakili oleh En Jais selaku Pengurus Operasi.

Mesyuarat bersama Pengurusan Bangunan Suria Apartment berkenaan isu penukaran kad akses yang baru dan kesan kepada penduduk Suria Apartment.
Pengurusan Bangunan diwakili oleh En Vijay dari I Creation Sdn Bhd.
Satu kesepakatan telah dibuat dan keputusan bakal diperoleh hasil dari mesyuarat di antara Pengurusan Bangunan dan penduduk Suria Apartment yang akan diadakan pada masa yang akan datang menurut kata En Vijay.

Memenuhi undangan Majlis Perbandaran Sepang untuk Program Hi-tea Sebaran Garis Panduan Skim Perumahan Berpengawal (Guarded Community) Daerah Sepang 2017.
Persatuan Penduduk Taman Suria Tropika diwakili oleh Saudara Izam Mohd Aris dan Saudara Nazri.

Mesyuarat JPP bersama Persatuan Penduduk kawasan Zon Sierra Puteri telah berlangsung di Pejabat Ahli Majlis.
Antara perkara yang dibincangkan adalah:
1) Kempen Kebersihan dan Kempen Basmi Tikus pada 6-7 Oktober di Sierra 8
2) Skim Kesihatan Wanita - Pemeriksaan Mammogram secara percuma dan Program Mengacau Dodol di Taman Lestari Permai pada 1 Oktober
3) Majlis sambutan Deepavali di Dewan Orang Ramai Taman Putra Prima/Taman Mas pada 8 Oktober
Semua penduduk taman dijemput hadir memeriahkan program2 tersebut.
Taman Suria Tropika diwakili oleh Saudara Najib pada mesyuarat tersebut.

Boom gate bahagian keluar telah dibaiki dan siap sepenuhnya.
Terima kasih kepada Penduduk dan Jawatankuasa yang bertungkus lumus memperbaik boom gate tersebut demi keselesaan bersama.
Bunyikan hon tanda sokongan!

Semarakkan Jiwa Merdeka!
"MALAYSIA MERDEKA, TAMAN SEJAHTERA"
*gambar kredit Saudara Khairie Kemat

Lawatan tapak High End Taekwon-do (ITF) Academy bersama Jawatankuasa Penduduk bagi membincangkan cadangan mengadakan kelas Taekwondo anak-anak di padang permainan setiap petang Ahad.
STATUS: akan dimaklumkan secepat mungkin

MESYUARAT DAN SESI PERKENALAN JPP ZON SIERRA PUTRI
Sedang berlangsung mesyuarat di antara pihak Ahli Majlis JPP Zon Sierra Putri diketuai oleh Puan Nermala Dewi dan wakil dari setiap Persatuan Penduduk sekitar kawasan Zon Sierra Putri.
Mesyuarat diadakan di Pejabat Pusat Khidmat Ahli bermula dari jam 8.00 malam.
Pelbagai isu dibangkitkan demi kesejahteraan penduduk.
Taman Suria Tropika diwakili oleh En Shamsudin Md Sarif dan En Achok Canggi.

MESYUARAT KHAS PEMILIHAN TENDER KAWALAN KESELAMATAN TAMAN BERMULA 1 SEPTEMBER 2017
Jawatankuasa menerima dokumen tender dari tujuh syarikat kawalan keselamatan yang berminat menyertai tender pada kali ini.
Perincian telah dibuat berdasarkan beberapa aspek pemilihan tender dan petender yang berjaya akan dihubungi selepas ini.
"KESELAMATAN SATU KEUTAMAAN"

Meriah Kabin Kaunter Bayaran malam ini!
Terima kasih buat penduduk yang datang dan menyelesaikan tanggungjawab demi kesejahteraan bersama.
Tarikh pembukaan kabin seterusnya akan diumumkan kemudian.
Dengar cerita jawatankuasa bercadang nak pasang tv tayang bola dan wrestling!

Mesyuarat Jawatankuasa Penduduk bersama wakil Penduduk Suria Apartment.
Beberapa perkara dibincangkan termasuk keterlibatan Suria Apartment dalam yuran bulanan keselamatan dan taman serta langkah Suria Apartment dalam menubuhkan Badan Pengurusan Bersama (JMB).
Kesimpulan dari mesyuarat ringkas tersebut ialah Persatuan Penduduk dan JMB Suria Apartment (yang bakal ditubuhkan) akan berkerjasama dan bermuafakat dalam isu keselamatan dan aktiviti penduduk.
Permuafakatan ini akan dinamakan sebagai KOMUNITI SURIA TROPIKA dan diharapkan agar taman perumahan kita akan lebih maju dan sejahtera.
"KOMUNITI MUAFAKAT, PENDUDUK SELAMAT"

Seputar Majlis Jamuan Aidilfitri Taman Suria Tropika 2017 yang telah berlangsung di padang permainan.
Seramai 300 penduduk bersama keluarga telah hadir memeriahkan majlis.
Majlis juga dihadiri oleh tetamu dari MAIS Sepang, Ustaz Rahimi dan juga Adun Dengkil, YB Shahrum Mohd Sharif.
Terima kasih diucapkan buat rakan-rakan penduduk Taman Suria Tropika atas semangat dan kerjasama yang diberikan.
"MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT"

SESI PERJUMPAAN ANTARA ANDORRA WOMEN AND CHILDREN HOSPITAL DAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN SURIA TROPIKA
Antara perkara yang dibincangkan ialah:
1) Keselamatan Penduduk Taman
2) Keselesaan Laluan Keluar Masuk Penduduk
3) Pembinaan Tembok Penghalang Cerun di Sebelah Surau Al Ansar
4) Kerjasama Sosial dan Kebajikan
5) Perkara-perkara lain termasuk jangkaan bunyi bising daripada pengoperasian cooling tower dan isu pelupusan sisa klinikal dan kebersihan
Kesemuanya telah dijawab dengan baik oleh pihak Hospital Andorra diketuai oleh Pengasasnya sendiri Dr Khamsiah Muda.
Pihak Persatuan Penduduk berbesar hati dan amat mengalu-alukan pembinaan sebuah hospital berstatus tinggi di kawasan Taman Suria Tropika dan semoga dengan terbinanya hospital ini dapat menaikkan lagi nilai komersil, imej dan keharmonian Taman Suria Tropika yang kita sayangi.

PENGHARGAAN
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan buat seluruh warga Taman Suria Tropika melalui Jalan/Lorong masing-masing, warga Suria Apartment, para penyumbang wang ringgit, tenaga juga idea, tanggungjawab sosial perusahaan dari Shell Station SKVE Kajang Bound, wakil MAIS dan Wakil Rakyat yang sudi hadir, para pengendali makanan, para petugas juga tidak dilupakan buat anak-anak kecil yang turut hadir memeriahkan majlis petang tadi.
Sesungguhnya ini adalah satu permulaan yang baik untuk pelbagai aktiviti yang menarik pada masa-masa akan datang.
Harus diingat, tanpa kewangan yang kukuh mana mungkin kita dapat meneruskan aktiviti sebegini. Oleh itu, marilah bersama menunaikan tanggungjawab kita dalam melakukan pembayaran Yuran Sekuriti dan Taman demi kelangsungan perpaduan taman melalui penganjuran pelbagai aktiviti menarik.
Hubungi Saudara Saparuding di talian 013 2448680 untuk sebarang urusan pembayaran.
Untuk makluman, Kaunter Kabin akan dibuka pada malam hari pada hari yang akan diumumkan sedikit masa lagi.
"Jangan Biarkan Jiran Anda Membayar Yuran Buat Anda"

Gotong-royong memperbaik dan mengecat kabin untuk dijadikan sebagai kaunter bayaran dan pejabat Penduduk Taman.
Kabin ini akan dirasmikan pada 30 Julai bersempena dengan Majlis Sambutan Aidilfitri 2017.

PEMANTAUAN KEROSAKAN SISTEM BOOM GATE PADA LALUAN MASUK TAMAN
Ahli Jawatankuasa bersama kontraktor meneliti kerosakan boom gate serta menegemaskini sistem access card sedia ada.
Melalui maklumat yang diberikan oleh kontraktor, kerosakan tersebut berpunca dari motor dan chip board dan ianya perlu digantikan dengan segera.
Diharapkan supaya penduduk bersabar di atas permasalahan ini dan pihak Jawatankuasa memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesulitan sepanjang kerosakan tersebut.
STATUS: Pihak kontraktor sedang memesan motor baru dan ianya akan mengambil masa.
Walau bagaimana pun, pihak Jawatankuasa akan memastikan keselamatan penduduk terutama pada jalan masuk dan keluar terjamin. Perkara ini telah ditekankan kepada Syarikat Kawalan Keselamatan.
Berkenaan isu access card, pihak Jawatankuasa bercadang untuk menggunakan sistem access card yang baru bagi tahun 2018 bagi memudahkan pemantauan dan mengelakkan salah guna demi keselamatan penduduk taman.
"BERSATU KITA TEGUH"

Menerima sumbangan berbentuk wang tunai dari Adun Dengkil sempena Majlis Jamuan Aidilfitri yang bakal berlangsung pada 30 Julai ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Khas membincangkan perkara-perkara:
1) Tender kawalan keselamatan baru yang akan dikeluarkan pada Ogos 2017
2) Status kerosakan boom gate dan keputusan pembaikian oleh kontraktor
3) Access card kini dan sistem access card baru yang akan dilaksanakan 2018
MESYUARAT SETERUSNYA BERSAMA PENDUDUK APARTMENT SURIA ADALAH PADA 21 JULAI AKAN DATANG

Mesyuarat bersama Jawatankuasa Persatuan Penduduk dan Jawatankuasa Surau Al Ansar bagi membincangkan tarikh dan gerak kerja Majlis Sambutan Aidilfitri yang akan diadakan tidak lama lagi.
Pihak Jawatankuasa akan memaklumkan keputusan mesyuarat dalam masa yang terdekat.
Turut dibincangkan pada pertemuan kali ini ialah isu-isu berkaitan:
1) Tender baru kawalan keselamatan
2) Isu keselamatan dan pas masuk
3) Status kemaskini sistem eROSE
4) Ubahsuai dan kerja mengecat kabin sebagai kaunter bayaran
5) Status pembayaran yuran terkini
6) Status permohonan pembaikian prasarana ke MP Sepang
7) Perkara-perkara berbangkit

MENGEMASKINI SISTEM ELEKTRONIK JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA (eROSES)
Saudara Yusaidi selaku setiausaha sedang berbincang dengan pegawai ROS Pn Fatma berkenaan isu pendaftaran ROS.
Terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan berkenaan sistem sebelum geran peruntukan RM10,000.00 dapat dipohon.
Pihak Jawatankuasa akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa.

SEPUTAR PROGRAM BUBUR LAMBUK TAMAN SURIA TOPIKA
Telah berlangsung program memasak dan mengagihkan bubur lambuk sempena Ramadan.
Program ini adalah usahasama di antara Persatuan Penduduk Taman Suria Tropika dan Surau Al Ansar.
Sebanyak 400 bekas bubur lambuk telah diagihkan kepada penduduk taman dan juga pengunjung Shell.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program tersebut. Pihak Jawatankuasa berharap semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan melibatkan lebih ramai penyertaan lagi.
"HIDUP BERMASYARAKAT PERUMAHAN BERKAT"

Kerja-kerja pemindahan kabin lama ke lokasi baru bagi tujuan kaunter bayaran dan pusat aktiviti setempat.
Lokasi baru kabin tersebut akan dijadikan kawasan aktiviti penduduk seperti majlis rasmi, aktiviti sukaneka, pertandingan melukis bagi kanak-kanak dan lain-lain.
Seterusnya kabin tersebut akan dibaiki dan dicat supaya lebih terampil. Penutup longkang besar juga akan dipasang bagi tujuan keselamatan.
STATUS: Selesai

PROJEK BAJU RAYA GELANDANGAN 2017
Projek usahasama di antara Persatuan Penduduk Taman Suria Tropika, Surau Al Ansar dan My Stream Club juga disokong oleh DRIVE M7 telah berlangsung semalam di sekitar ibu kota.
Setinggi penghargaan diucapkan kepada para penyumbang, pendokong dan sukarelawan yang bertungkus lumus menjayakan projek ini.
Untuk makluman kesemua baju-baju, kuih raya, air mineral dan air kotak telah diedarkan dan projek ini telah mencapai matlamatnya iaitu untuk menggembirakan golongan yang kurang berkemampuan.
Apa yang lebih penting ialah pengajaran yang dapat sukarelawan kutip sewaktu agihan ialah betapa beruntungnya kita kerana masih mempunyai tempat untuk berlindung iaitu rumah. Maka bersama-samalah kita menjaga taman perumahan kita supaya sentiasa aman, sejahtera dan bersih.
"SANTUNI GELANDANGAN AIDILFITRI BAWA KEBERKATAN"
*gambar2 kredit dari Saudara Zainal Amanda dan Saudara Izam.

PENUKARAN BANK PERSATUAN DARI BSN KE CIMB
Makluman
Warga Taman diminta menggunakan akaun CIMB seperti maklumat berikut:
NO AKAUN: 8602978729
NAMA : PERSATUAN PENDUDUK TAMAN SURIA TROPIKA
menggantikan akaun BSN yang lama bagi tujuan pembayaran yuran sekuriti dan taman mulai bulan ini.
Untuk makluman, akaun BSN yang lama akan ditutup dalam masa yang terdekat.
Sekian terima kasih.
"DEKAT TAK SEMESTINYA MUDAH"

Sesi penyerahan dokumen dan peralihan tugas Jawatankuasa Persatuan Penduduk sesi 2017-2018.
Doakan segalanya berjalan dengan lancar selepas ini.

2017

Peratus bayaran Yuran Keselamatan bagi tahun 2017 mengikut Bulan dan Jalan. Tarikh dikemaskini 10 Oktober 2017

JALAN JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL  OGOS SEP OKT NOV DIS PURATA JALAN 2017
JALAN 1555555504035303025205533%
JALAN 1A69696158554747473027111144%
JALAN 1B6565656565655956564012652%
JALAN 1C53535046434043433728252140%
JALAN 2505046374034312118126329%
JALAN 375757575756868626231251859%
JALAN 3A66666666666462625035292755%
JALAN 548484845454340373727161637%
Purata Bulanan60%48%45%45%54%50%48%46%39%28%17%16%
Showing entries (filtered from total entries)

Peratus Bayaran Yuran Keselamatan 2017

Peratusan yuran bayaran keselamatan taman mengikut jalan tahun 2017 

Jalan 1

%

Jalan 1A

%

Jalan 1B

%

Jalan 1C

%

Jalan 2

%

Jalan 3

%

Jalan 3A

%

Jalan 5

%

MYBELI 

Laman web jual beli terulung di Malaysia. Menjual sampin songket dan pelbagai barangan

IKLAN A

TEMPAHAN DIBUKA

IKLAN B

TEMPAHAN DIBUKA

ADUAN DAN PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan aduan sila isi borang di bawah

FACEBOOK COMMENTS WILL BE SHOWN ONLY WHEN YOUR SITE IS ONLINE

Alamat

Taman Suria Tropika 
Jalan Suria Tropika Utama 2
43300 Seri Kembangan
Selangor


Contacts

Email: tamansuriatropika@gmail.com                    
Phone: 
Fax: 

Pautan

Surau Al-Ansar TST 

Feedback

Sebarang cadangan dan aduan sila berhubung dengan pihak Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Suria Tropika